SELAMAT DATANG KE KLINIK ANEESA

Keyakinan Bermula Dari Kulit & Kesihatan Anda.

“Kami percaya penjagaan kulit dan kesihatan yang menyeluruh adalah asas kepada kehidupan yang lebih yakin, sihat, dan berkualiti.”

Aesthetic & Dermatology

Kesihatan Wanita

Kesihatan Keluarga

Tentang

Klinik Aneesa

PENGENALAN KLINIK

Klinik Aneesa Salak Tinggi merupakan klinik mesra wanita dan keluarga yang memberi tumpuan kepada penjagaan kulit, estetik, kesihatan wanita, dan kesihatan kanak-kanak & keluarga.
Dengan pendekatan mesra, profesional dan patuh syariah, Klinik Aneesa komited untuk memberikan penjagaan kesihatan dan rawatan yang selamat, beretika dan berkesan, khususnya untuk keluarga di kawasan Sepang dan sekitarnya.

Kenali

Dr. Nurul Adibah

  • MB BCh BAO (Royal College of Surgeons in Ireland, Dublin)
  • Letter of Credentialing & Privileging Aesthetic Medical Practice (LCP, KKM Malaysia)
  • Medical Aesthetic Certificate (MAC, Malaysia)
  • Postgraduate Certificate in Primary Care Dermatology
    (AFPM, Malaysia)
  • Member of Malaysian Society of Aesthetic Medicine (MSAM)
  • Lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang perubatan

KEPAKARAN UTAMA KAMI

Klinik Aneesa menyediakan rawatan kulit, estetik, kesihatan wanita dan penjagaan umum untuk semua peringkat umur.
Kami komited memberikan rawatan yang selamat dan berkesan untuk wanita, keluarga dan seluruh komuniti.

Kesihatan Kulit & Perubatan Aesthetic

Perawatan kulit untuk semua peringkat umur, termasuk masalah jerawat, ekzema, alahan, dan penjagaan kulit am bagi kesihatan serta keyakinan diri.
  • Rawatan Laser pembuangan ketuat, Kutil, tahi lalat, Keratosis 
  • Rawatan Jerawat & Parut Jerawat 
  • Rawatan Jeragat & Pigmentasi 
  • Rawatan Eczema & Psoriasis
  • Rawatan Alahan kulit, Ruam dan Urtikaria
  • Rawatan Jangkitan Kulit
  • Allergy Test

Prosedur Aesthetic (LCP Certified)

Prosedur estetik yang dijalankan di klinik kami dikendalikan oleh pegawai perubatan bertauliah dan diperakui oleh LCP (Letter of Credentialing and Privileging) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Setiap rawatan dijalankan mengikut piawaian keselamatan yang ketat bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan pesakit terjamin.
  • Rawatan Laser
  • Medical-grade Chemical Peels
  • Microneedling - Dermapen 4
  • Cryotherapy
  • TCA Cross
  •  acne Shots
  • Benign Skin Lesion Removal

Rawatan Kawalan Berat Badan

Program kawalan berat badan di klinik kami direka khas untuk membantu anda mencapai berat badan ideal dengan cara yang sihat, selamat dan berkesan. Setiap pelan rawatan disusun berdasarkan keperluan individu melalui pemantauan profesional oleh doktor dan pakar pemakanan.
  • Konsultasi pemakanan dan gaya hidup sihat
  • Ubat & suntikan penurunan berat badan
  • Analisis BMI & komposisi badan
  • Pemantauan berat badan berkala

Kesihatan Wanita

Klinik kami menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan wanita yang komprehensif untuk semua peringkat usia. Setiap rawatan dijalankan dengan penuh perhatian, kerahsiaan dan profesionalisme bagi memastikan kesejahteraan wanita terpelihara.
  • Pemeriksaan & Penjagaan Kehamilan (Antenatal & Postnatal)
  • Ultrasound Kehamilan & Rahim
  • Penjagaan Kesihatan Wanita
  • Rawatan Masalah Haid & Jangkitan Faraj
  • masalah hormon & sokongan pra-kehamilan
  • Pap-smear & HPV DNA Test

Kesihatan Keluarga/Umum

Selain rawatan khusus, kami juga menyediakan perkhidmatan kesihatan menyeluruh untuk seisi keluarga. Dengan pendekatan yang mesra pesakit dan berfokus kepada pencegahan penyakit, kami memastikan setiap ahli keluarga menerima penjagaan kesihatan yang terbaik.
  • Rawatan demam, batuk & selsema
  • Rawatan Penyakit Kronik & Umum
  • Rawatan & Pemeriksaan Kesihatan Kanak-Kanak
  • Ujian Saringan Darah & Medical Check Up
  • Vaksinasi Dewasa, Kanak-kanak, Umrah & Haji
  • Rawatan Luka & Dressing
  • Influenza/Covid Test
  • Dengue Test
  • drug test 

Kelebihan Kami

Di Klinik Aneesa

Di Klinik Aneesa, kelebihan kami terletak pada suasana klinik yang selesa dan mesra, ruang permainan untuk kanak-kanak, serta layanan yang penuh perhatian daripada doktor dan staf. Kami memastikan setiap rawatan disampaikan dengan penerangan yang jelas agar anda lebih yakin, sambil mengekalkan harga yang berpatutan untuk penjagaan kesihatan berkualiti bagi seluruh keluarga.

         LCP Certified
      Aesthetic Clinic

Untuk memastikan rawatan selamat dengan sentuhan profesional untuk kecantikan semula jadi anda.

Rawatan Dijalankan Oleh Doktor Wanita

Rawatan dijalankan oleh doktor wanita, memberi keselesaan serta menjaga privasi setiap pesakit.

Kami Menyediakan Ruang Mesra Keluarga

Ruang mesra keluarga yang direka untuk memberi keselesaan dan suasana menyenangkan setiap kunjungan.

Kami Menawarkan Harga Berpatutan

Kami menawarkan rawatan & servis berkualiti tanpa membebankan kewangan anda.

Testimoni

Pelanggan

Di Klinik Aneesa, setiap maklum balas daripada pesakit amat kami hargai kerana ia mencerminkan kualiti rawatan dan perkhidmatan yang diberikan. Testimoni pelanggan ini menjadi bukti kepercayaan mereka terhadap kami, serta dorongan untuk terus memberikan pengalaman kesihatan terbaik kepada anda dan keluarga.
google
Layanan yang baik dan sangat efisien. Semua staf dan dr. sangat lemah lembut, senang hati mendapat rawatan di sini. Terbaik 👍🏻👍🏻
google
Mounjaro treatment. Doctor & staff sangat friendly & helpful. Ada schedule yang dibuat utk pantau progress penurunan berat badan. Explaination doctor mudah difahami dan detail. Tiada tekanan, just enjoy je wlupun kadang2 result x cantik. Doctor bagi advise utk dptkan result yg bagus. Dah 3bulan invest for berat badan yg ditarget. Alhamdulillah
google
Alhamdulillah, sangat puas hati dengan servis di Klinik Aneesa. Hari tu saya buat rawatan buang ketuat di bahagian peha dan buang milia. Proses rawatan berjalan dengan baik, staff pun sangat friendly dan membantu. Overall memang pengalaman yang baik dan recommended! 😊
google
Highly recommended! I had a very good experience at Klinik Aneesa. The staff and doctor were extremely friendly, kind and welcoming. The doctor took the time to explain everything in great detail, clearly and professionally, which made me feel very comfortable and confident with the treatment.

Excellent service and a great experience overall. Thank you, Klinik Aneesa! Definitely a clinic I would recommend to family and friends. ❤️
google
Assistant klinik ni so bad. Call banyak Kali tak angkat, saya dah sampai klinik dia kata tak boleh entertain sebab takde appointment. Dah saya call banyak kali dia yang tak respond salahkan kita? Saya travel jauh untuk consultation
google
layanan staff baik , doktor peramah , mak suka pergi sini

Rakan Panel

Klinik Aneesa

Di Klinik Aneesa, kami bekerjasama dengan pelbagai rakan panel insurans dan syarikat terpilih bagi memudahkan urusan rawatan pesakit. Dengan sokongan rakan panel ini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan lebih mudah, lancar, dan tanpa kerisauan tentang urusan pembayaran.

Tidak Mahu Menunggu?

Tempah Temujanji Anda Sekarang

Klinik Aneesa Salak Tinggi

Medan 88, 13, Jalan ST 1c/6, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.

Maklumat Untuk Dihubungi

  • 9:30 am - 10.00 pm (Buka setiap hari kecuali
    Sabtu & Cuti Umum
  • 0172344947
  • klinikaneesa@gmail.com

Follow Kami Di Media Sosial

Lokasi Klinik

Rawatan Popular

Rawatan Laser

Imbasan Ultrasound

Rawatan Jerawat/Acne

Ujian Pap Smear

Jenis Bayaran Yang Diterima

Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini disediakan oleh Klinik Aneesa. kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul sebanyak mungkin. Apabila anda melawati atau berinteraksi dengan tapak, perkhidmatan, aplikasi, alatan atau pemesejan kami, kami atau pembekal perkhidmatan kami yang diberi kuasa mungkin menggunakan kuki, suar web dan teknologi lain yang serupa untuk menyimpan maklumat bagi membantu memberikan anda pengalaman yang lebih baik, lebih pantas dan selamat serta untuk tujuan pengiklanan.
Hak Cipta © 2025 Emany Healthcare Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara.
Dibangunkan oleh Sawangville Digital Solutions

Profil Dr. Nurul Adibah

Dr Nurul Adibah ialah seorang pengamal perubatan bertauliah, graduan dari Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI), Dublin, dan berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC). Beliau memiliki Letter of Credentialing & Privileging (LCP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pelaksanaan prosedur estetik yang diiktiraf, Medical Aesthetic Certificate (MAC), serta Postgraduate Certificate in Primary Care Dermatology (AFPM).

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang perubatan, termasuk berkhidmat di beberapa hospital, klinik kesihatan & swasta, beliau kini memberi tumpuan kepada rawatan dermatologi & estetik(kulit), kesihatan wanita serta perubatan am.

Dr Nurul percaya setiap pesakit mempunyai perjalanan kesihatan yang unik, dan berhak menerima rawatan dengan penuh empati, kasih sayang, dan perhatian profesional.